Speaker DUN Kelantan umum kerusi Nenggiri kosong

Speaker DUN Kelantan umum kerusi Nenggiri kosong

Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka mulai hari ini.

Adun Nenggiri Azizi Abu Naim antara enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu digugurkan keahlian oleh Bersatu kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
PETALING JAYA:
Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi Nenggiri dikosongkan mulai hari ini.

Katanya, DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Adun Nenggiri, Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu serta berlaku kekosongan luar jangka kerusi itu.

“Maka, dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima notis kekosongan,” katanya menurut Berita Harian di pejabatnya di Kota Bharu.

Azizi antara enam enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang digugurkan keahlian oleh Bersatu kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari pula menyokong Amirudin.

Semuanya gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.