Putrajaya nafi subsidi harga sel CSP

Putrajaya nafi subsidi harga sel CSP

Syarikat individu, bukannya kerajaan, yang terlibat dalam penjualan CSP, kata Tengku Zafrul Abdul Aziz.

USITC mendakwa, sel CSP dijual di AS ‘pada nilai kurang saksama dan disubsidi’ oleh kerajaan Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam, yang mengeksportnya. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan Amerika Syarikat bahawa kerajaan memberikan subsidi bagi harga sel fotovoltan silikon kristal (CSP).

Syarikat individu yang menjual sel-sel ini, ‘bukan kerajaan’, katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan menjalankan siasatan yang diperlukan sebelum mengeluarkan maklum balas rasmi, katanya kepada pemberita selepas pelancaran kilang pemasangan kereta Chery dari China.

Minggu lepas, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (USITC) memutuskan untuk meneruskan siasatan anti-lambakan dan anti-subsidi ke atas sel CSP yang diimport dari Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Menurut suruhanjaya itu, terdapat petunjuk munasabah bahawa industri AS ‘terkesan secara material’ oleh pengimportan sel CSP, sama ada dipasang dalam modul atau tidak, dari empat negara.

Dalam kenyataannya, USITC berkata, produk itu didakwa dijual di AS ‘pada nilai kurang saksama dan disubsidi’ oleh kerajaan Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Tengku Zafrul menegaskan, Washington sedang mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat terbabit, bukannya kerajaan.

Berhubung kilang Chery, Tengku Zafrul berkata, keputusan syarikat China itu menubuhkan kilang pemasangan di Shah Alam menyangkal dakwaan bahawa rantaian bekalan automotif Malaysia tidak boleh menjimatkan kos.

Katanya lagi, keputusan itu juga akan menggalakkan pengeluaran domestik dan penciptaan pekerjaan.

“Langkah pantas Chery dalam lokalisasi melibatkan pelaburan besar dalam vendor tempatan.

“Pendekatan ini mengurangkan dengan ketara kos komponen keluaran tempatan Chery,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.