
Sinar Harian melaporkan, satu hebahan dikeluarkan polis Johor kepada media untuk membuat liputan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada pagi esok.
Bagaimanapun, hebahan tersebut tidak memaklumkan seksyen atau tuduhan apa yang akan dihadapi semua suspek itu.
Dalam serangan pada 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis berpangkat konstabel, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban.
Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal, Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dirawat di Hospital Sultan Ismail, manakala suspek ditembak mati di tempat kejadian.
Susulan itu, tujuh individu direman bagi membantu siasatan serangan itu. Mereka terdiri daripada lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun serta dua pelajar institusi pengajian tinggi yang hadir di balai polis sejurus sebelum kejadian.
Bagaimanapun, dua pelajar IPT itu dibebaskan tanpa syarat.
Lima ahli keluarga penyerang itu kemudiannya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) selepas tempoh reman terhadap mereka tamat.