Bayi perempuan baru lahir ditemukan di ruang solat masjid

Bayi perempuan baru lahir ditemukan di ruang solat masjid

Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan.

baby
Polis menerima laporan penemuan bayi masih bertali pusat dan diselimuti telekung serta diletakkan atas sejadah di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Lipis.
KUANTAN:
Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru lahir ditinggalkan dalam ruangan solat wanita di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Lipis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Lipis, Ismail Man, berkata pihaknya menerima laporan penemuan bayi masih bertali pusat dan diselimuti telekung serta diletakkan atas sejadah itu kira-kira 5.30 pagi.

“Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut. Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan IPD Lipis di talian 09 3121999.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.