Akauntan berputih mata rugi RM2.2 juta

Akauntan berputih mata rugi RM2.2 juta

Mangsa menerima mesej WhatsApp berkaitan pelaburan saham menjanjikan pulangan lumayan, sebelum memasukkan wang ke beberapa akaun bank sejak bulan lalu.

hacker scammer
Polis berkata, mangsa mengesyaki diri ditipu apabila suspek mengarahkannya membayar komisen RM1.6 juta, sebelum boleh mengeluarkan keuntungan berjumlah RM12.9 juta.
PETALING JAYA:
Seorang akauntan berputih mata selepas kerugian lebih RM2.2 juta akibat terpedaya pelaburan saham.

Kejadian bermula Disember tahun lalu apabila lelaki tempatan berusia 75 tahun itu menerima mesej WhatsApp berkaitan pelaburan saham.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, tertarik dengan mesej pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, mangsa mengikut arahan dengan memuat turun dan mendaftar di aplikasi itu.

Menurutnya, mangsa memulakan pelaburan pada Mei dan bulan ini dengan memasukkan wang ke beberapa akaun bank atas arahan suspek.

“Melihat status pelaburan di aplikasi yang diberikan mencatatkan keuntungan berjumlah RM12.9 juta membuatkan mangsa teruja dengan keuntungan dipaparkan dan mahu mengeluarkan wang itu,” katanya menurut Sinar Harian.

Tetapi, beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa membayar komisen RM1.6 juta terlebih dahulu dan tindakan itu membuatkan mangsa mengesyaki diri ditipu, sebelum membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.