
PETALING JAYA: Pengawal keselamatan direman tujuh hari susulan disyaki menikam mati ibunya dengan gunting, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Relau, George Town, semalam.
Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu, bermula hari ini.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Berita Harian.
Dalam kejadian sekitar 5 petang itu, mangsa berusia 67 tahun dilaporkan maut ditikam pada bahagian leher oleh anaknya yang dipercayai mempunyai masalah mental.
Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya selepas kejadian tikaman.
Razlam berkata, suspek yang juga anak bongsu kemudian ditahan di unit kediaman pangsapuri berkenaan.