9 peserta #KamiMahuAir Sabah ditahan tiada dokumen pengenalan

9 peserta #KamiMahuAir Sabah ditahan tiada dokumen pengenalan

Polis turut membuka kertas siasatan ke atas perhimpunan #KamiMahuAir Sabah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Kasim Muda berkata, semua individu itu ditahan hasil pemeriksaan polis ke atas van dinaiki mereka. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan sembilan peserta perhimpunan #KamiMahuAir Sabah anjuran sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu semalam kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Kasim Muda berkata, semua individu itu ditahan hasil pemeriksaan polis ke atas van dinaiki mereka.

“Semuanya dibawa ke balai polis dan dalam proses dokumentasi,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, perhimpunan itu dihadiri kira-kira 80 peserta, termasuk orang awam berarak kira-kira 3km dari UMS ke Menara Kinabalu untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Kasim berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 ke atas himpunan itu dan akan merujuk pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.