
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara bagaimanapun berkata, PH mungkin keberatan melepaskan satu-satunya kerusi yang dimenanginya pada PRN Ogos tahun lalu.
Dr Hafidzah Mustaqim dari Amanah, parti serpihan PAS, memenangi kerusi Kota Lama untuk PH dengan majoriti tipis 202 undi pada PRN Kelantan.
Terdapat 30% pengundi Cina daripada 33,043 pengundi layak di kerusi DUN itu.
Tetapi, Azmi berkata, MCA tidak patut bersaing dengan PH untuk mewakili pakatan perpaduan di Kota Lama kerana pengundi Cina mungkin memberi sokongan kepada PH-BN tanpa mengira siapa calonnya.
Sebaliknya, beliau mencadangkan pakatan perpaduan memfokuskan usaha memenangi undi Melayu di Kelantan dan menggesa Umno memberi laluan kepada MCA di kerusi majoriti Melayu.

Azmi bagaimanapun memberi amaran MCA mungkin mendapati “sangat mencabar” untuk memenangi kerusi majoriti Malaysia, kecuali Umno melakukan rombakan.
“Kekuatan MCA di Kelantan berkait rapat dengan Umno, yang kini lemah, jadi ia akan menjejaskan peluang mereka.”
Sabtu lalu, Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, MCA akan diberikan sebuah kerusi DUN untuk bertanding pada PRU16.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, PH mungkin memberi laluan kepada MCA di Kota Lama untuk memfokuskan kerusi lebih besar.
Katanya, PH sedar ia tiada kehadiran besar di negeri Pantai Timur yang merupakan kubu kuat PAS sejak 1990.
“Jika PH memberi laluan kepada MCA, ia tidak akan kehilangan kerusi boleh dimenangi. Apa pun, ini membolehkannya menggunakan sumbernya dengan lebih cekap.”