
Menterinya Nga Kor Ming berkata mereka akan menggunakan bahasa dan pendekatan lebih mudah difahami rakyat bagi menyampaikan dasar mesra rakyat diperkenalkan kerajaan.
“Dalam era digital ini, media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat.
“Video pendek, siaran langsung, dan pelbagai platform boleh digunakan sebagai medan menyelaraskan info kerajaan supaya rakyat berdiri teguh bersama mendukung aspirasi Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan.
Pelantikan duta online itu diumumkan Nga selepas majlis perasmian bengkel Sentuhan Maya KPKT, hari ini.
Anggota duta online KPKT itu katanya akan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan tidak membosankan.
Kor Ming berkata, beliau percaya dengan kreativiti, maklumat yang benar dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik perhatian masyarakat.
“Langit adalah hadnya,” katanya.