
Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi, berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada 3.15 pagi tadi, di pekarangan Balai Polis Merlimau.
Katanya, sebelum itu pada 2.24 pagi, pihaknya menerima laporan daripada pekerja wanita berusia 19 tahun, mendakwa dicabul doktor itu ketika berada di klinik.
“Mengetahui laporan dibuat terhadapnya, doktor itu yang difahamkan sudah bertugas sejak September tahun lalu kemudian tampil menyerah diri.
“Kejadian didakwa berlaku ketika mereka berdua sedang berbual. Terdapat seorang lagi pekerja klinik di tempat kejadian namun dia dikatakan tidak menyedari apa yang berlaku,” katanya menurut Harian Metro.
Katanya, Mahkamah Majistret Jasin membenarkan suspek direman hingga Sabtu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.