Penjawat awam ditahan disyaki terima rasuah daripada syarikat balak

Penjawat awam ditahan disyaki terima rasuah daripada syarikat balak

Suspek didapati menerima kira-kira RM15,000 pada 2019 sebagai dorongan meringankan impak laporan kesalahan kegiatan pembalakan haram.

Siasatan awal SPRM mendapati, suspek menerima kira-kira RM15,000 daripada sebuah syarikat pembalakan pada September 2019.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM15,000 daripada sebuah syarikat pembalakan.

Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, Kota Kinabalu, pada kira-kira 10 pagi ketika hadir memberi keterangan, lapor Bernama memetik sumber.

Siasatan awal mendapati, pada September 2019, suspek meminta rasuah kira-kira RM30,000 dan menerima kira-kira RM15,000 daripada syarikat itu sebagai dorongan meringankan impak laporan kesalahan kegiatan pembalakan haram.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy yang mengesahkan penahanan itu berkata, kes sedang disiasat bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Suspek dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 serta seorang penjamin dan dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.