Citadel Group optimis jadi perintis transformasi digital serantau

Citadel Group optimis jadi perintis transformasi digital serantau

Sempena komitmennya memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Citadel mengubah struktur pengurusan operasinya kepada Citadel Group dan Citadel Holdings.

Citadel melancarkan logo baharu menampilkan reka bentuk saling mengunci dan palet biru, merangkumi nilai teras syarikat iaitu kebolehpercayaan, integriti dan kestabilan.
PETALING JAYA:
Citadel Group, peneraju pengurusan kewangan digital meraikan ulang tahun kelimanya dengan berjaya melaksanakan transformasi kewangan daripada amalan tradisional kepada pendigitalan sepenuhnya.

Sempena komitmennya memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Citadel mengubah struktur pengurusan operasinya kepada Citadel Group dan Citadel Holdings.

Syarikat ditubuhkan pada 2019 itu juga melancarkan logo baharu dengan menampilkan reka bentuk saling mengunci dan palet biru, merangkumi nilai teras syarikat iaitu kebolehpercayaan, integriti dan kestabilan.

Frederick Chan.

Pengarah Citadel Capital Group, Frederick Chan, berkata dengan struktur baharu itu Citadel optimis mampu menjadi syarikat antarabangsa berdaya saing dengan komitmennya mengembangkan kehadiran di rantau ini.

“Dengan kerjasama terbaru melalui Citadel Technologies, termasuk perkongsian kewangan digital dengan Kelab Bola Sepak Selangor dan aplikasi pelancongan Islam dalam masa terdekat, Citadel bersedia untuk pertumbuhan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menyentuh mengenai komitmen pengembangan di luar negara, Frederick berkata Citadel – antara tiga syarikat dari Malaysia telah menyatakan minat untuk melabur dalam pembangunan Nusantara Capital City (IKN) di Indonesia, dengan fokus kepada projek digitalisasi.

“Komitmen Citadel Group terhadap inovasi terbukti dalam pengenalan platform digital dan peralatan kewangan canggih, memperkasa individu mengurus masa depan kewangan mereka dengan kebolehcapaian, kemudahan dan keselamatan yang dipertingkatkan,” katanya.

Bagi meningkatkan lagi kepakaran kewangan digital, Citadel baru-baru ini menubuhkan Akademi Elit Citadel untuk melatih perancang kewangan yang diperakui, memenuhi keperluan pensijilan serantau.

“Dalam Citadel meraikan kejayaan ini, ia mengharapkan pertumbuhan, inovasi dan transformasi dengan sokongan pelanggannya untuk membentuk masa depan perkhidmatan kewangan digital,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.