8 dirakam keterangan kes 2 maut keracunan makanan

8 dirakam keterangan kes 2 maut keracunan makanan

Polis juga sedang mengenal pasti individu lain mengalami keracunan akibat menjamah makanan pada program dianjurkan di sekolah agama di Gombak.

ipin
Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya akan memanggil penganjur program, pengetua sekolah dan lain-lain individu terlibat dalam penyediaan makanan itu. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Polis merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan dua tahun disyaki akibat keracunan makanan Isnin lalu.

Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata ia melibatkan keterangan daripada keluarga remaja dan kanak-kanak berkenaan, serta pembekal makanan kepada sekolah agama terlibat di Gombak, sejak hari kejadian.

Beliau berkata, polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mengalami keracunan makanan akibat menjamah makanan pada program dianjurkan di sekolah agama berkenaan.

“Polis juga akan memanggil pihak penganjur program, pengetua sekolah dan lain-lain individu yang terlibat dalam penyediaan makanan berkenaan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin dalam kenyataannya semalam memaklumkan 82 individu yang hadir pada program berkenaan mengalami gejala berkaitan keracunan makanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.