
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi, mangsa Musri Matali, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.08 pagi.
Katanya, mereka kemudian menghantar sepasukan 11 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Setiba di lokasi kejadian, mangsa didapati dihempap pokok tumbang ketika melakukan kerja memotong rumput di lokasi.
“Pasukan operasi terus bertindak memotong dahan pokok berkenaan menggunakan gergaji berantai dan mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.52 pagi,” katanya.