Zahid kecewa hanya 11% tanah taman perindustrian halal dimanfaat

Zahid kecewa hanya 11% tanah taman perindustrian halal dimanfaat

Zahid Hamidi berkata kerajaan membentuk pasukan petugas bagi mengenal pasti kekangan bagi menambah baik tahap penggunaan taman terbabit.

Zahid Hamidi berkata ada 13,000 ekar tanah disediakan kerajaan negeri di 14 taman perindustrian halal di seluruh negara. (Gambar Facebook)
SEPANG:
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi tidak berpuas hati apabila hanya 11% daripada 13,000 ekar di 14 taman perindustrian halal di seluruh negara dimanfaatkan sejak 2009.

Zahid berkata kerajaan negeri telah menyediakan tapak yang luas bagi memperkasakan sektor halal yang mempunyai potensi besar namun ada halangan seperti insentif tidak cukup dan kemudahan yang masih terbelakang.

“Sebab itu kerajaan tubuhkan pasukan petugas khas bagi mengenal pasti kekangan bagi menambah baik tahap penggunaannya.

“Pasukan itu akan mendapat maklum balas kekangan dan bekerjasama dengan semua kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara berbangkit,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal.

Zahid Hamidi.

“Ini mungkin dibantu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Zahid yang juga pengerusi jawatankuasa kabinet perkasa industri halal negara menegaskan pembangunan taman perindustrian halal tidak sepatutnya dipolitikkan termasuk di negeri diperintah pembangkang.

“Soal warna yang berbeza kita ketepikan, saya sangat buta warna dalam agenda nasional begini.

“Jangan ada bias dan prejudis tentang penterjemahan agenda nasional,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.