Pengurus bank disyaki minta, terima rasuah RM50,000 ditahan

Pengurus bank disyaki minta, terima rasuah RM50,000 ditahan

Lelaki berusia 50-an itu didakwa meminta dan menerima rasuah terbabit daripada pelanggan bank dengan alasan membiayai program melibatkan bank.

macc
Pengurus bank itu ditahan petang semalam selepas diambil keterangan di pejabat SPRM, kata Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain.
KOTA BHARU:
Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu didakwa meminta dan menerima sebanyak RM50,000 daripada pelanggan bank dengan alasan membiayai program melibatkan bank.

“Lelaki itu dikatakan aktif melakukan perbuatan itu sejak tahun 2022,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu pada 3 petang semalam selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri.

Beliau berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“SPRM bakal memohon perintah reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu esok (hari ini),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.