
KKR berkata, tapak itu telah diperiksa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) malam tadi.
“Hasil pemeriksaan segera di tapak pada 11.30 malam tadi oleh LLM, SPE dan pakar runding EDP mengesahkan tiada keretakan pada ‘crosshead’.
‘Ia hanya kesan garisan hitam iaitu ‘construction joint’ semasa kerja penurapan dengan konkrit dahulu,” katanya di platform media sosial X.
KKR mengesahkan bahawa struktur portal lebuh raya itu tidak terjejas dan selamat.
“Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan dikemukakan kepada LLM,” katanya.
Semalam, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, LLM dan SPE diarah segera memeriksa keretakan yang dilihat di tapak jejambat tersebut.
“Keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat dititikberatkan,” katanya di X.