
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian berlaku pada 10.20 malam ketika lelaki itu bersama rakannya dalam perjalanan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ke hospital pakar tersebut.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Saga 1.3 mengalami sawan.
“Keadaan itu menyebabkan kereta dipandu pekerja syarikat pembekalan barang ortopedik hospital berusia 30 tahun itu hilang kawalan sehingga terbabas melanggar tiang tembok batu di hadapan Jabatan X-ray hospital berkenaan.
“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tidak sedarkan diri dan dirawat di zon merah, sementara rakannya, 28, dirawat di zon kuning akibat sakit dada,” katanya menurut Sinar Harian.
Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.