
Menurut anak perempuannya, Aisya Natasha, Musa menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah ‘multiple myeloma’
“(Beliau) akan dikebumikan esok, insya-Allah,” katanya ringkas.
Anak jati Bagan Datuk itu merupakan individu pertama bukan ahli politik menjadi menteri pendidikan dari 1999 hingga 2004.
Selain pernah berkhidmat di USM, beliau turut memegang beberapa jawatan penting lain, antaranya presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari 2001 hingga 2003.
Selain itu, Musa juga merupakan bekas pengerusi Universiti Multimedia dan pengerusi Majlis Universiti UCSI.