Guan Eng fail saman fitnah terhadap Zuraida, MalaysiaNow

Guan Eng fail saman fitnah terhadap Zuraida, MalaysiaNow

Bekas menteri kewangan itu berkata dakwaan yang dibuat oleh pemimpin itu adalah tidak benar dan hanya 'untuk mendapatkan publisiti murahan'.

guan zur
Lim Guan Eng memfailkan saman terhadap Zuraida Kamarudin dan MalaysiaNow berhubung dakwaan beliau menghalang projek perumahan untuk bekas pekerja ladang.
KUALA LUMPUR:
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap Zuraida Kamarudin dan portal berita MalaysiaNow berhubung dakwaan beliau menghalang pembinaan projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya.

Zuraida, yang juga bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, membuat tuduhan tersebut pada 10 Mei selepas kerajaan mengumumkan pembinaan 200 unit rumah flat untuk pekerja berkenaan.

Lim menegaskan bahawa dakwaan Zuraida, yang diterbitkan dalam laporan MalaysiaNow, adalah tidak benar dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang pemimpin. Beliau sebelum ini dilaporkan menuntut RM5 juta sebagai pampasan.

Dalam saman itu, Lim menamakan Zuraida, penerbit MalaysiaNow, MNow Media Sdn Bhd, dan editor Abdar Rahman Koya sebagai defendan.

Lim menuduh mereka menerbitkan laporan tersebut ‘untuk mendapatkan publisiti murahan’.

Beliau berkata bekas setiausaha politiknya, Tony Pua mengeluarkan kenyataan untuk menafikan dakwaan Zuraida, dengan mengatakan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Lim juga menambah, “Zuraida – yang sendiri pernah menjadi menteri – sepatutnya berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dan memutar belit fakta.”

Beliau juga berkata Zuraida enggan mematuhi tuntutan untuk menarik balik kenyataannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.