Ahmad Jailani dilantik pengerusi SPA

Ahmad Jailani dilantik pengerusi SPA

Pelantikan Ahmad Jailani Muhamed Yunus sebagai pengerusi SPA berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Jailani Muhamed Yunus mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.
PUTRAJAYA:
Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dalam kenyataan berkata, Jailani mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Katanya, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatan awam antaranya timbalan ketua pengarah perkhidmatan awam (operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam dan ketua setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Jailani memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Hiroshima, Jepun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.