
Timbalan Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, wanita itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari IPK Perak pada 6 Mei lalu.
Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa antara suspek akan ditahan atas pengubahan wang haram dan semua aset serta wangnya akan dibekukan.
“Suspek kemudian meminta wanita terbabit menyerahkan maklumat akaun bank mangsa kononnya bagi tujuan siasatan Jabatan Audit Negara,” katanya menurut Sinar Harian.
Shahrulanuar berkata, mangsa memindahkan RM66,050 ke dua akaun berbeza secara berperingkat pada 19 Mei lalu.
Katanya, ketika membuat semakan melalui sistem perbankan dalam talian pada Isnin lalu, mangsa mendapati wang dalam akaun banknya berkurangan sebanyak RM244,945.78, menjadikan keseluruhan kerugiannya berjumlah RM310,995.78.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkaitan jika diarahkan melakukan sebarang urusan meragukan.