
Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, berkata bungkusan itu dialamatkan ke pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, lapor Sinar Harian.
Asmadi berkata, siasatan awal mendapati bungkusan itu dihantar ke kementerian menerusi sebuah syarikat penghantaran pada 11.19 pagi dan diambil sebelum dibawa ke tingkat 14 pada 2.45 petang.
Katanya, unit pemusnah bom yang menjalankan siasatan mendapati ia bom palsu.
“Apabila dibuka didapati ia diletakkan bersama paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan ‘timer’,” katanya dalam sidang media.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957.
Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, bangunan berkenaan diarahkan kosong selepas terdapat ancaman bom.