Sabah tetap tolak laksana JKDM selepas ‘jaminan’ PM, kata Jeffrey

Sabah tetap tolak laksana JKDM selepas ‘jaminan’ PM, kata Jeffrey

Kelmarin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan membincangkan pelaksanaan JKDM dengan pemimpin Sabah bagi merungkai isu berbangkit.

Jeffrey Kitingan Kitingan pada bulan lalu dilaporkan berkata, kerajaan Sabah tidak akan melaksanakan JKDM kerana tidak mahu satu lagi inisiatif yang akan mengelirukan serta memecahbelahkan rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sabah tetap dengan pendirian menolak pelaksanaan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di negeri itu susulan “jaminan” Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula isu berbangkit, kata Timbalan Ketua Menterinya, Jeffrey Kitingan.

“Memang sebelum ini kerajaan negeri melalui pemimpin-pemimpin Sabah telah pun memberi maklum kepada perdana menteri tentang bantahan dan ketidaksetujuan penubuhan JKDM.

“Dan respons yang kita dapat ialah ia akan dikaji semula,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Anwar dilaporkan memberi jaminan akan membincang cadangan pelaksanaan JKDM di Sabah dengan pemimpin negeri itu bagi merungkai permasalahan berbangkit.

Bagaimanapun, katanya, JKDM hanya membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, bukannya persekutuan secara menyeluruh.

Akhir bulan lalu, Kitingan dilaporkan berkata, kerajaan Sabah tidak akan melaksanakan JKDM kerana tidak mahu satu lagi inisiatif yang akan mengelirukan serta memecahbelahkan rakyat kerana sudah ada inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.

Sebagai ahli jawatankuasa teknikal MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), katanya, beliau secara peribadi meminta inisiatif Putrajaya bagi membasmi kemiskinan luar bandar itu tidak dilaksanakan memandangkan ia tidak dijalankan di Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.