Polis kesan lelaki bungkus kucing dalam guni buang di sungai

Polis kesan lelaki bungkus kucing dalam guni buang di sungai

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

kucing
Sebelum ini tular video beberapa individu menemui bangkai kucing dalam sebuah guni yang ditemui di dalam sungai di Jelutong, Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, semalam.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid ketika dihubungi Bernama berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil satu guni berikat dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing di dalamnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama dan pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.

Bagi kes kali ini, beliau berkata pihaknya dimaklumkan seorang individu yang melihat seorang lelaki yang juga penduduk di kawasan itu, membuang guni berisi seekor kucing ke dalam sungai tersebut kira-kira 8.30 pagi semalam.

“Perbuatan zalim kali ini berlaku di tempat sama kerana sebelum ini pernah juga berlaku, namun (kali ini) sempat ditonton oleh saksi yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang sering bungkus kucing dalam guni dan lempar ke sungai sehingga haiwan itu mati,” katanya.

Beliau berkata individu berkenaan yang juga wakil persatuan itu di Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.