
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, penahanan suami isteri itu berpandukan risikan sejak hari kejadian hingga kini.
“Tangkapan ini dijalankan untuk bantu siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Pasangan berusia 28 tahun itu ditahan di Puncak Alam kira-kira 11 pagi Jumaat dan mereka direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 di Damansara Damai, sebelum ditemui meninggal dunia dekat aliran anak sungai kira-kira 200m dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokannya.
Hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa akibat mempertahankan diri.