Warga emas rentung kereta terbakar

Warga emas rentung kereta terbakar

Kejadian melibatkan mangsa berusia 71 tahun itu berlaku di Desa Lasi, Ipoh malam tadi.

Warga emas berusia 71 tahun ditemukan rentung selepas keretanya terbakar dalam kejadian di Ipoh malam tadi. (Gambar JBPM)
IPOH:
Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang dijilat api kira-kira 90%.

“Terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut. Operasi pemadaman tamat pada 2 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.