Pencipta kandungan ditahan, disyaki tunjuk alat sulit dalam panggilan video

Pencipta kandungan ditahan, disyaki tunjuk alat sulit dalam panggilan video

Wanita itu baharu mengenali suspek awal bulan ini menerusi Instagram.

Lazim Ismail
Ketua Polis Wangsa Maju Lazim Ismail, berkata suspek ditahan semalam susulan laporan dibuat wanita berusia 24 tahun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pencipta kandungan berusia 27 tahun ditahan disyaki menunjukkan alat sulit dan bercakap lucah terhadap seorang wanita menerusi panggilan video.

Ketua Polis Wangsa Maju Lazim Ismail, berkata pengadu berusia 24 tahun membuat laporan pada 17 Mei mendakwa lelaki berkenaan mengaibkan kehormatannya.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui aplikasi Instagram dan pernah menemuinya sebelum kejadian.

“Suspek telah membuat panggilan video kepada pengadu dan telah menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah dengan pengadu.

“Pada lebih kurang 2.25 petang semalam, pihak polis telah berjaya menahan suspek bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan sambil menambah lelaki iti dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Lazim berkata, polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya kepada pendakwaan bagi tindakan lanjut.

Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu baharu dikenali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.