Harga petrol, diesel kekal

Harga petrol, diesel kekal

Kerajaan kekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

harga minyak
PETALING JAYA:
Harga semua jenis petrol dan diesel ditetapkan kekal pada harga semasa, sehingga 5 Jun.

Harga RON97 kekal RM3.47, sementara RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, “sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan”.

Langkah itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.