Dakwa salah faham, kes pemandu dipukul pengiring VVIP selesai cara baik

Dakwa salah faham, kes pemandu dipukul pengiring VVIP selesai cara baik

Polis berkata pemandu berkenaan membuat laporan polis kedua menyatakan tidak mahu memanjangkan kes tersebut.

Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemandu e-panggilan yang membuat laporan polis mendakwa diserang seorang pengiring seorang kenamaan (VVIP) semalam, membuat laporan kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara itu secara baik, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa.

Rusdi dalam satu kenyataan berkata, polis mengesahkan menerima laporan awal daripada pemandu itu pada jam kira-kira 1 petang semalam.

“Pada jam kira-kira 9.59 malam semalam, pengadu membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik,” katanya.

Rusdi berkata kejadian tersebut berlaku akibat salah faham arahan mengalihkan kenderaan dan pengadu tidak mahu memanjangkan kes itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Rusdi juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.