PM lancar Strategi Semikonduktor Kebangsaan, garis 5 sasaran

PM lancar Strategi Semikonduktor Kebangsaan, garis 5 sasaran

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata strategi itu direka untuk menggalakkan kerjasama dengan syarikat di seluruh Asean, Asia dan seluruh dunia.

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melihat pameran di Persidangan Semicon Asia Tenggara 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), yang digambarkan sebagai ‘dokumen hidup’ untuk menjadikan Malaysia pemain utama global dalam teknologi capaian.

Katanya, NSS direka untuk menggalakkan kerjasama dengan syarikat di seluruh Asean, Asia dan seluruh dunia.

“Akhirnya, NSS adalah satu cara untuk Malaysia memajukan dan membuka teknologi untuk kebaikan semua manusia,” katanya ketika berucap di Persidangan Semicon Asia Tenggara 2024.

Anwar menambah bahawa Malaysia akan berusaha menarik pembeli utama cip termaju, seperti Apple, Huawei dan Lenovo, untuk memperkukuh industri tersebut.

NSS menetapkan tiga fasa, dengan fasa pertama memberi tumpuan kepada Malaysia memanfaatkan kapasiti industri sedia ada untuk memodenkan pemasangan dan ujian sumber luar dengan pembungkusan termaju.

Fasa kedua memberi tumpuan kepada memajukan keupayaan negara dalam reka bentuk, pembuatan, dan ujian cip logik dan memori termaju serta mengintegrasikan pembeli cip tersebut.

“Fasa terakhir bertujuan untuk menyokong pembangunan firma-firma Malaysia yang bertaraf dunia dalam reka bentuk semikonduktor, pembungkusan termaju, dan peralatan pembuatan,” kata Anwar.

NSS mengariskan lima sasaran, bermula dengan rancangan untuk menarik sekurangnya RM500 juta pelaburan di bawah fasa pertama.

Anwar berkata pelaburan yang disasarkan akan merangkumi pelaburan domestik – dengan fokus pada reka bentuk litar bersepadu (IC), pembungkusan termaju, dan peralatan pembuatan – serta pelaburan langsung asing (FDI) yang tertumpu pada peralatan pembuatan.

Sasaran kedua ialah penubuhan sekurangnya 10 syarikat Malaysia dalam reka bentuk dan pembungkusan termaju dengan pendapatan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion dan sekurangnya 100 syarikat berkaitan semikonduktor dengan pendapatan hampir RM1 bilion.

Anwar berkata sasaran ketiga adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan global bagi semikonduktor dengan universiti bertaraf dunia, penyelidikan korporat dan pusat kecemerlangan, “menggabungkan bakat terbaik Malaysia dan antarabangsa”.

NSS juga menyasarkan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran 60,000 jurutera berkemahiran tinggi negara.

Sasaran terakhir adalah memperuntukkan sekurangnya RM25 bilion dalam sokongan fiskal untuk mengoperasikan NSS dengan insentif yang disasarkan, butiran yang akan diumumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.