Tiada notis ‘buat masa ini’ untuk Dr M isytihar aset, kata Azam

Tiada notis ‘buat masa ini’ untuk Dr M isytihar aset, kata Azam

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan aset sekiranya diarah berbuat demikian.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad disiasat dalam satu kes berkaitan dengan pengisytiharan aset.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memberikan sebarang notis kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan aset beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada bulan lalu mengesahkan pihaknya sedang menyiasat bekas pemimpin itu dan mendedahkan siasat berkenaan berkait dengan pengisytiharan aset.

“Buat masa ini kami tidak memberikan sebarang notis untuk beliau mengisyriharkan aset,” kata Azam dalam satu sidang media.

Dalam satu wawancara dengan saluran berita CNBC, Mahathir berkata, beliau bersedia untuk mengisytiharkan asetnya jika diminta berbuat demikian, tetapi mengakui bukan mudah untuk menjejak aset terkumpul lebih 40 tahun.

Azam dalam sidang media itu berkata, SPRM masih belum menerima pengisytiharan aset daripada dua anak lelaki Mahathir, yang turut disiasat badan itu.

“Jika tak silap saya, kami belum menerima apa-apa lagi daripada mereka,” katanya.

“Saya difahamkan pegawai penyiasat saya dan peguam mereka sedang berunding dari segi tempoh masa bila mereka mula kena isytiharkan aset. Biar pegawai saya uruskan hal ini.”

Pada Januari lalu, SPRM mengarahkan Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan aset mereka dari 1981, tahun Mahathir dilantik sebagai perdana menteri untuk kali pertama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.