
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak, berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi itu susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei.
Beliau berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Sungai Bakap.
“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan.
Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan telah menerima rawatan di pusat perubatan itu, sejak awal bulan ini.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang juga ketua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.