Polis Kelantan sita dadah RM887,000, 812 individu ditahan

Polis Kelantan sita dadah RM887,000, 812 individu ditahan

Seramai 793 lelaki dan 19 perempuan dicekup dalam Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata semua individu ditahan dalam dua operasi dadah bermula 16 Mei hingga semalam. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Polis menahan 812 individu disyaki memiliki dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini, sejak 16 Mei hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata mereka terdiri daripada 793 lelaki dan 19 perempuan berusia antara 16 hingga 72 tahun.

“Operasi itu memberi tumpuan di kawasan penagih terlibat dalam penyalahgunaan dadah, selain bertujuan mengekang penyeludupan masuk bahan terlarang itu dari negara jiran melalui sempadan negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semua ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952.

Beliau berkata selain itu, pasukan polis turut menyita pelbagai dadah dan harta dianggar bernilai RM887,588.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.