Adun Sg Bakap meninggal dunia

Adun Sg Bakap meninggal dunia

Nor Zamri Latiff menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU Hospital Seberang Jaya pada 1.38 tengah hari tadi.

zamri
Nor Zamri Latiff sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Adun Sungai Bakap Nor Zamri Latiff meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya sebentar tadi.

Adun Penaga Yusni Mat Piah berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.38 tengah hari.

“Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang,” katanya di Facebook.

Awal bulan ini, Nor Zamri dimasukkan ke hospital selepas menghadapi komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri yang bertanding pada PRN lalu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose, menang selepas memperoleh 15,433 undi dengan majoriti 1,563 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.