
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dalam serbuan Isnin lalu suspek warga Indonesia berusia 40 tahun dicekup bersama 20 peket plastik lut sinar berisi dadah bernilai RM110,000.
“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis telah menemui sebuah beg beroda berzip dan di dalamnya terdapat 20 peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 9kg dengan nilai berjumlah kira-kira RM110,000.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya pada sidang media di IPK Perak, memetik laporan Bernama.
Yusri berkata, dadah dirampas dipercayai bagi edaran pasaran tempatan di negeri itu yang boleh digunakan 11,000 penagih dadah.
Katanya, suspek direman tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.