
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata selain penahanan semua individu berusia 23 hingga 38 tahun itu, polis turut merampas tujuh komputer riba, 21 telefon bimbit dan satu modem.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi hampir satu bulan dan menyasarkan mangsa di luar negara.
“Semua tangkapan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan, namun semakan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Dellhan, semuanya direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.