Malaysia sedia bantu Palestin pulih bekalan air Gaza

Malaysia sedia bantu Palestin pulih bekalan air Gaza

Palestin melahirkan harapan Malaysia dapat membantu dari pelbagai segi susulan konflik semasa, kata Fadillah Yusof.

fadillah
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof bertemu Menteri Air Palestin Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin di luar mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia ke-10 di Bali, Indonesia, yang berakhir hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Malaysia bersedia membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, atas permintaan Palestin.

Perkara ini disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Fadillah Yusof kepada Menteri Air Palestin Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, pada pertemuan dua hala di luar mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia ke-10, di Bali, Indonesia, yang berakhir hari ini.

“Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa.

“Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu,” kata Fadillah, lapor Bernama,

Katanya lagi, Malaysia juga sedia memberikan bantuan teknikal, dengan syarat dibenarkan masuk ke negara itu.

Usaha ini bagaimanapun memerlukan perbincangan lanjut dengan pihak Palestin mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan, tambahnya.

Menurut Fadillah, Malaysia telah menghantar sedikit bantuan kemanusian termasuk bekalan air botol untuk disalurkan ke Palestin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.