Azmin dipanggil polis bukan berkait perkara dibangkit di DUN

Azmin dipanggil polis bukan berkait perkara dibangkit di DUN

Polis berkata Azmin Ali dipanggil untuk bantu siasatan kebocoran dokumen.

mohamed azmin ali
Polis berkata Ketua Pembangkang Azmin Ali dipanggil bukan mengenai perkara dibangkitkan di DUN pada 28 Feb lalu.
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang Selangor, Azmin Ali, dipanggil untuk membantu siasatan kebocoran dokumen, bukan mengenai perkara dibangkitkan di DUN pada 28 Feb lalu.

Polis berkata, siasatan ekoran laporan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada 14 Mac lalu, mendakwa dokumen sulit perbadanan tersebut dibocorkan dan maklumat tidak tepat didedahkan kepada umum.

“Kehadiran Azmin adalah untuk bantu siasatan kebocoran dokumen tersebut dan bukan mengenai perkara dibangkitkan di DUN pada 28 Feb 2024,” kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dalam kenyataan.

Katanya, siasatan kes itu bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

“Polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Hussein berkata, polis sudah memanggil seramai 15 saksi dan dirakam percakapan mereka.

Pada sidang media semalam, Azmin berkata beliau dipanggil polis untuk memberi kenyataan berkenaan perkara dibangkitkan di DUN.

Azmin berkata, beliau mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk menyemak tindakan atau keputusan polis mengeluarkan notis menghadirkan diri ke IPD Shah Alam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.