
Pengarah Pilihan Raya PN PRK Kuala Kubu Baharu, Azmin Ali, berkata 16 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) masih dalam proses itu sebelum dikemukakan kepada barisan peguam untuk petisyen difailkan.
“Arahan diberi pengerusi PN (Muhyiddin Yassin) untuk kumpul semua fakta dan bukti yang kita dapat kutip di lapangan untuk disemak barisan peguam kita lantik.
“Kita akan pilih kes lebih berat untuk kemuka petisyen PRK dan itu tertakluk kepada keupayaan mengumpul maklumat tepat sebelum kemuka permohonan rasmi,” katanya yang juga ketua PN Selangor pada sidang media.
Pada PRK Kuala Kubu Baharu, Pang menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).
Pada 6 Mei lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK Kuala Kubu Baharu.
Takiyuddin mendakwa, kerajaan perpaduan menyalahgunakan kuasa dan jentera sebelum dan ketika kempen PRK berlangsung.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Pengarah Pilihan Raya PH Steven Sim yang menegaskan gabungan berkenaan mematuhi undang-undang pilihan raya.
Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abd Ghani Salleh, berkata mana-mana pihak termasuk PN bebas memfailkan petisyen jika mempunyai bukti berlaku kesalahan sepanjang tempoh kempen PRK Kuala Kubu Baharu.
Katanya, petisyen itu harus dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan PRK 11 Mei lalu diwartakan.