
“Sekiranya ada perkembangan baharu, kita akan maklumkan. Sehingga itu, beri ruang untuk polis jalankan siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
Sabtu lalu, tujuh individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat lalu.
Mereka terdiri daripada lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun dan dua pelajar institusi pengajian tinggi hadir di balai polis sebelum serangan, yang dipercayai ada kaitan dalam kes itu.
Dalam serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu, dua anggota polis berpangkat konstabel, Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Muhamad Syafiq Ahmad Said terkorban.
Seorang lagi anggota polis cedera ditembak dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, manakala suspek berusia 21 tahun ditembak mati di tempat kejadian.