Polis terima laporan Teresa Kok diugut bunuh

Polis terima laporan Teresa Kok diugut bunuh

Laporan polis telah dibuat pada 9 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis KL Rusdi Isa.

Rusdi
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.yang sedang berjalan berhubung ancaman bunuh diterima oleh Teresa Kok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan menerima satu laporan semalam berhubung dakwaan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menerima ugutan bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata, laporan polis diterima kira-kira jam 9 malam dan hasil siasatan awal mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

“Kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama,” katanya dalam kenyataan.

Rusdi meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.yang sedang berjalan.

Terdahulu, Kok yang juga naib pengerusi DAP mendakwa beliau menerima nota ugutan bunuh berserta dua peluru yang diletakkan dalam peti surat kediamannya.

Menurutnya, laporan berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Petaling dan polis telah datang ke kediamannya untuk menjalankan pemeriksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.