
Mangsa Muhamad Fathol Harris Muhamad Asri ,21, berasal dari Sungai Semambu Bagan Serai, Perak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu.
Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata mereka yang parah ialah pemandu kereta, Ignatius Suren Santhanasamy, 21, Noramirah Syahirah Abdullah, 21, dan Nur Farah Shakirah Mohd Hishamudin, 23.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampus UMT dari Kuantan.
“Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas selesai menyertai kerja kursus di Rumah Perlindungan Jagaan dan Rawatan Casa Femina, Taman Tok Sira Kuantan.
“Kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik menyebabkan semua mangsa tercampak keluar kenderaan,” katanya menurut Harian Metro.
Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi rakan mangsa, Nur Mazni Andri, 21 dan Azira Adriana Natasha Amirul Faris, 21, cedera ringan.
“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut. Mayat mangsa yang maut pula dihantar ke Bilik Forensik hospital Kemaman untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.