
Mangsa dalam lingkungan 40-an itu berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak Proton Iswara Aerobacknya kira-kira 4.10 petang semalam.
Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis mendapati kebakaran bermula di bahagian kiri tempat duduk depan penumpang.
“Pihak bomba mengesyaki cetusan api ini daripada tindak balas telefon bimbit dengan wap petrol dalam kereta itu sehingga tercetusnya percikan api di tempat duduk penumpang depan kiri itu,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mangsa yang cedera ringan di tangan akibat serpihan kaca kereta ketika letupan, dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut.
Katanya, kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 4.25 petang selepas 15 minit kakitangan stesen minyak itu melakukan kerja pemadaman.
Yusharifuddin berkata, setakat ini, kebakaran disebabkan kemalangan dan tiada unsur jenayah.
Menurutnya, JBPM sudah mengambil sampel pengecas telefon bimbit dan rokok di bahagian kiri tempat duduk penumpang depan.