Disyaki ugut bunuh ibu bapa penyanyi, lelaki ditahan

Disyaki ugut bunuh ibu bapa penyanyi, lelaki ditahan

Lelaki berusia 24 tahun ditahan susulan laporan dibuat selebriti itu pada 15 Mei.

handcuff
Seorang lelaki ditahan di Perak, semalam, berkait ugutan bunuh terhadap ibu bapa seorang penyanyi.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan susulan kes ugutan bunuh terhadap ibu bapa seorang selebriti di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kamunting, Perak, semalam, susulan laporan dibuat penyanyi berusia 26 tahun pada 15 Mei, yang menyatakan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini dan kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk keputusan dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan selebriti berkenaan membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial, yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.