
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata dalam kejadian kira-kira 4.40 petang, lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan ketika cuba memasuki pintu 3 dengan sebuah Perodua Kembara.
Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu turut menemukan sebilah parang.
“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif.
“Kes disiasat bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, semua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
“Polis menyeru orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.