Bung bayang gabungan bersama Warisan, KDM

Bung bayang gabungan bersama Warisan, KDM

Ketua Umno Sabah itu berkata mesti ada gagasan dibentuk menjelang PRK Sabah memandangkan rakyat tidak mahu kepada parti tunggal.

bung moktar
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, berkata realiti politik menyaksikan tiada parti boleh bergerak solo.  (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Umno Sabah memberi ‘bayangan’ membentuk gagasan dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berdepan PRN Sabah akan datang.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, berkata berdasarkan realiti sekarang tiada parti boleh bergerak solo, sambil menyuarakan keyakinan pasti akan ada gabungan baharu.

“Rakyat sudah tidak boleh menerima parti tunggal kerana pengundi-pengundi muda melihat bagaimana parti-parti di Sabah ini memerintah dahulu,” katanya menurut Utusan di Kota Kinabalu.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila parti tunggal tidak lagi dimahukan rakyat selepas beberapa pilihan raya.

“Maka, kita kena ada satu gagasan atau gabungan baharu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.