Skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan dicadang

Skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan dicadang

Kerajaan Johor cadang skim khas bagi mengisi kekosongan penjawatan.

Hospital-admission
Sebanyak 2,389 jawatan dalam sektor kesihatan awam masih belum diisi, berdasarkan data perjawatan sehingga 30 April tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon.
ISKANDAR PUTERI:
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon, berkata berdasarkan data perjawatan sehingga 30 April tahun ini, 2,389 jawatan dalam sektor kesihatan awam masih belum diisi.

“Isu ini akan bertambah serius sekiranya tiada perancangan rapi terhadap perkembangan bidang kesihatan dalam tempoh terdekat, contohnya pengoperasian Hospital Pasir Gudang pada tahun hadapan yang memerlukan lebih daripada 2,200 jawatan.

“Tambahan pula, negeri Johor terletak di sebelah Singapura, kita perlu bersaing dengan negara jiran dan mata wang dolarnya 3.5 kali ganda daripada ringgit.

“Pada pandangan saya, isu ini haruslah disampaikan ke peringkat kementerian dan saya juga telah berjumpa dengan bekas menteri mahupun menteri sekarang bagi mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan yang bertugas di Johor Selatan yang sudah tentunya menanggung kos hidup yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.