PM sampai sumbangan kepada pelajar UniMAP mangsa kebakaran

PM sampai sumbangan kepada pelajar UniMAP mangsa kebakaran

Sumbangan disampaikan oleh setiausaha politik perdana menteri Kamil Munim semalam.

Pada 11 Mei lepas, dilaporkan 26 motosikal musnah dan 10 buah lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan letak kenderaan di asrama lelaki UniMAP terbakar pada awal pagi. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terkesan dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sabtu lepas.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politiknya, Kamil Munim, semalam.

“Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya, insyaAllah,” menurut catatan itu.

Pada 11 Mei lepas, dilaporkan 26 motosikal musnah dan 10 buah lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan letak kenderaan di asrama lelaki UniMAP terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Dalam laporan media semalam, pengetua kompleks kediaman itu, Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata, pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan perdana menteri yang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.