Lawatan tentera laut Turki erat hubungan Putrajaya, Ankara

Lawatan tentera laut Turki erat hubungan Putrajaya, Ankara

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata hubungan erat kedua-dua negara berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bertemu dengan anak kapal korvet TCG Kinaliada dari Tentera Laut Turki yang berlabuh di Pelabuhan Klang. (Gambar Facebook Zahid Hamidi)
KUALA LUMPUR:
Kehadiran tentera laut Turki yang merupakan lawatan pertama mereka ke Malaysia setelah hampir satu dekad merupakan terjemahan kepada hubungan erat Malaysia dan Turki, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid yang berkunjung ke kapal korvet TCG Kinaliada dari tentera laut Turki di Pelabuhan Klang petang semalam berkata hubungan erat kedua-dua negara berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.

Sebagai contoh beliau berkata penubuhan TUSAS Malaysia Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Turkish Aerospace Industries Inc di Cyberjaya telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera Malaysia untuk berkhidmat dan menimba kepakaran dalam sektor ketenteraan.

Menurutnya nilai dagangan antara Malaysia dan Turki pula telah mencapai USD4.46 bilion dengan potensi pertumbuhan yang besar.

“Saya yakin hubungan erat yang terjalin ini akan terus membawa kelebihan yang besar di antara kedua-dua negara. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus diperkasa dan menjadi kunci kepada kemakmuran bersama,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

TCG Kinaliada berlabuh di Malaysia selama tiga hari bermula Isnin sebelum meneruskan perjalanan ke Jepun sempena ulang tahun ke-100 hubungan diplomatik Turki-Jepun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.